NSL
Sooka NSL: Juara bertahan KL Wildcats optimis rampas penguasaan Johor Jewels
Kemampuan Kuala Lumpur (KL) Wildcats mempertahankan kejuaraan Sooka Liga Super Bola Jaring (NSL) musim ini menjadi tanda tanya selepas kedudukan mereka dipintas oleh Johor Jewels dalam minggu kedua, semalam.
Namun, bagi kapten KL Wildcats, Nordiyanah Noor Sabadinee, situasi semasa tidak menimbulkan kegusaran memandangkan jumlah pungatan mata kedua-dua pasukan adalah sama.
"Kedua-dua pasukan pasukan belum pernah tewas lagi, cuma beza daripada segi jaringan.
Iklan
"Skuad ini sentiasa berubah, mungkin pemain yang baru masuk memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
"Sudah tentu kami hendak menang dalam dua perlawanan seterusnya. Kami perlu persiapkan mental dan fizikal kerana Johor dan Pahang Tulips, kedua-dua pasukan agak sukar," katanya yang turut menganggotai skuad juara edisi lalu.
Dalam pada itu, penyerang KL Wildcats, Nur Amisya Khairuddin, tidak bersetuju bahawa kehilangan pemain utama, Noramirah Dayana Moor Azhar, selain penghijrahan bekas kapten, Nur Syafazlyana Mohd Ali, memberi kesan besar pada pasukan.
"Saya letak jangkaan yang sangat tinggi.
"Perlawanan ini akan mengujakan. Ketiadaan kedua-dua pemain ini hanya sedikit memberi kesan kepada kami.
"Saya percaya rakan sepasukan kali ini mampu membawa cabaran ketika menentang Johor," kata Pemain Terbaik hari kelima perlawanan itu.
Must-Watch Video