Skip to main content

Bola Jaring

Sooka NSL: Johor Jewels pamer permulaan garang

dsc07728.jpg
Johor Jewels dalam kelas tersendiri selepas melakar kemenangan ke atas Kedah Sunshine 63-24 dalam aksi Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, sebentar tadi.

Selepas muncul naib juara musim lalu, Johor sekali lagi hadir sebagai pilihan utama untuk menjuarai edisi kedua Netball Super League (NSL).

Kehadiran empat tonggak baru termasuk dua pemain import dari Sri Lanka dan Thailand yang sememang­nya memperkuatkan lagi skuad kendalia Fazira Mesnan itu.

Sementara itu, mereka turut dibarisi bekas penyerang Selangor Angels, An Najwa Azizan dan kapten Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Nur Syafazliana Mohd Ali.

Seperti yang diramal, Johor mempamerkan dominasi seawal suku pertama permainan apabila berjaya mendahului 16-7.

Corak permainan yang cemerlang ditampilkan ternyata gagal ditandingi Kedah apabila Johor terus menjarakkan kedudukan di suku kedua 34-12.

Kedah ternyata kekurangan daripada segi kemampuan untuk mencabar skuad ampuh Johor apabila sekadar mengutip empat mata selepas suku ketiga berakhir 51-16.

Tanpa menurunkan rentak permainan, Johor terus mengutip mata demi mata hasil permainan yang cukup mantap sekaligus menamatkan kemenangan dengan keputusan 63-24.

Advertisement

Must Watch Video