Skip to main content

Sukan Lain

Sonny Bill Williams umum tunai Haji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

769e318276261636ba6d7fce84a442c0.jpg
Bekas pemain All Blacks, Sonny Bill Williams, mengumumkan bahawa dia akan menunaikan ibadah Haji dan akan bertolak pada esok hari.

Menerusi satu hantaran video di akaun X miliknya, Williams memberitahu bahawa dia sedang dalam proses mengemas barang-barang keperluan untuk menunaikan ibadah Haji. 

Dalam video tersebut, kelihatan dia sudah mempersiapkan diri dengan membawa kain ihram, Al-Quran, dan beberapa lagi barangan keperluan. 

Wajah kegembiraan dan penuh syukur jelas terpancar di wajah pemain ragbi itu.

Williams turut menyatakan bahawa dia akan menunaikan Haji tanpa isterinya di sisi kerana beberapa sebab tertentu.

"Saya akan menunaikan Haji, Alhamdulillah. Sebagai seorang Muslim, ini adalah salah satu perkara penting dalam hidup. Saya ke sana untuk mengumpul pahala serta beribadat. Saya akan berkongsi perjalanan saya apabila saya berada di sana nanti," ujarnya dalam video itu.
 
Sonny bersedia untuk menjalankan salah satu rukun Islam dan para peminatnya mendoakan agar dia mendapat Haji yang mabrur.

Advertisement

Must Watch Video