SUKAN LAIN
Snapdragon Pro Series Mobile Challenge Finals MLBB: SRG perlu bersikap realistik
Satu-satunya taruhan negara di Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Snapdragon Pro Series Challenge Finals, Selangor Red Giants (SRG) memberi gambaran awal untuk mengekalkan taktikal permainan yang sama seperti musim lalu.
Pendekatan itu diambil barisan kejurulatihan SRG memandangkan pemain kesuntukan masa untuk mengatur gerakan dan keserasian baru sejak penamat duka musim lalu di Kejohanan Dunia M6.
Juara berganda MPL MY itu tidak berniat untuk mengibar bendera putih sebelum saingan bermula namun mahu lebih realistik dengan sasaran ditetapkan musim 2025.
Iklan
Pengajaran paling berguna buat SRG hasil penilitian pencapaian musim lalu untuk memilih kejohanan untuk ditumpukan dalam musim yang cukup panjang.
Difahamkan, pendekatan SRG untuk tidak memperkenalkan meta terbaru permainan di Snapdragon yang dianjurkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula hujung minggu ini sehingga 16 Februari bagi memastikan SRG kekal dominasi di MPL MY musim ke-15 yang akan bermula pada bulan April.
Must-Watch Video