Dua pemain perseorangan wanita negara memulakan langkah positif untuk menempah tiket ke pusingan kedua dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Aifa Azman mudah menewaskan wakil Switzerland, Nadia Pfister, 11-5, 11-2, 11-3.
Pemain berusia 19 tahun itu mahu mengekalkan momentum cemerlangnya selepas menjuarai Kejohanan Terbuka North Coast di Australia bulan lalu dan berazam untuk melakar kejutan apabila berdepan pilihan kedua kejohanan, Low Wee Wern, dalam pusingan kedua esok.
"Selepas kejuaraan di Australia, ini merupakan perlawanan pertama saya.
"Saya fikir saya telah melakukannya dengan baik.
"Saya sudah bersedia untuk berdepan Wee Wern esok.
"Saya mengharapkan satu perlawanan yang baik esok," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pemain muda negara, Chan Yiwen, turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain India, Sunayna Kuruvilla, 11-8, 11-9, 11-8.
"Saya memulakan perlawanan dengan agak baik.
"Pada pertengahan perlawanan, taktik saya agak tidak menjadi.
"Lutut saya tidak berasa baik tetapi saya masih boleh bermain.
"Selepas ini, saya akan mendapatkan rawatan," katanya.