Skuad Wushu negara menduduki tangga kedua dalam Kejohanan Wushu Asia Edisi Ke-10 dalam kategori Taolu selepas mengutip tiga pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa secara keseluruhannya di Macau, China.

China muncul juara keseluruhan selepas merangkul 11 pingat emas tanpa pingat perak dan gangsa.





Tiga pingat emas disumbangkan oleh Bryan Ti Kai Jie, Tan Cheong Min dan gandingan Mohd Danish Aizad Firdaus Chua-Si Shin Peng-Bryan Ti Kai Jie menerusi acara Duilian hari ini.