Genap sebulan, latihan kebangsaan membabitkan skuad takraw negara melewati tiga aksi penting tahun ini membabitkan Piala Dunia di India bulan hadapan, Piala Asia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Mei dan saingan Sukan SEA hujung tahun ini.
Kem kebangsaan tiada mahu keciciran pingat emas menjelang saingan Piala Asia dan Malaysia sebagai pasukan tuan rumah tidak mahu berputih mata laman sendiri.
Bagi persedian kali ini semua kategori memainkan peranan penting dalam usaha untuk menjadi pencabar terhandal walaupun Thailand menggugurkan acara double di Sukan SEA Bangkok Disember depan.
Piala Dunia bulan depan di India bakal menawarkan perebutan pingat emas acara double dan quadrant yang kini menjadi modus operandi utama untuk dikuasai kem negara.
“Kami yakin untuk memperoleh kemenangan dalam acara kuadren kerana kami telah melakukan persiapan awal.
“Pada bulan Mac ini, kami juga akan menghadapi World Cup India yang merupakan salah satu peluang untuk memantapkan lagi persiapan kami untuk acara quadrant di Pelasar,” katanya.
Seramai tiga bekas pemain kebangaan kembali buat kemunculan semula tahun ini iaitu Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan dan Zulefendi Sumari.
Manakala tiga muka baru turut berada dalam rencana membabitkan Muhammad Riezman Faizul, Muhammad Arief Daniel Mohammad Aripin dan Muhammad Khairul Aman Md Rosdi.