Skip to main content

Para ASEAN

Skuad powerlifting tanpa Shamil dalam Sukan Para ASEAN

jamil.jpg
Skuad powerlifting negara terpaksa melupakan kelibat Mohd Shamil Mad Saad untuk menghadapi Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 kerana masih lagi dibelenggu kecederaan bahu yang dialaminya sejak tahun lalu.

Jurulatih skuad powerlifting negara, Jamil Adam, tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan Shamil kerana kecederaan bahu kanan atlet kelahiran Pahang itu sudah pun berlarutan sejak tamat Sukan Paralimpik Rio, tahun lalu.

Shamil merupakan pemenang pingat emas ketika edisi di Singapura dua tahun lalu dalam kategori 107 kilogram.

Ketiadaan Shamil bermakna muka baharu, Wan Nor Azri Wan Azman, akan menggalas tugas tersebut.

"Dia tidak tersenarai kali ini kerana masalah kecederaan selepas Rio 2016. Ketika ini, dia dalam proses pemulihan dan segala-galanya berjalan lancar. 

"Insya-Allah dia akan bersedia untuk beraksi dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan," ujar Jamil.

Bagaimanapun, sinar tetap ada untuk kem negara dengan kehadiran, Jong Yee Khie yang memecahkan rekod kejohanan dua tahun lalu dalam kategori 97kg.

Selepas berjaya membuat angkatan 200 kg, Yee Khie tetap bersemangat untuk mengulangi pencapaian itu di laman sendiri.

"Sasaran saya lebih besar kali ini. Angkatan saya kebiasaannya mencecah 200kg, jadi bagi saya tidak sukar untuk melakukan angkatan 210kg," katanya.

Advertisement

Must Watch Video