Kem olahraga negara melalui kempen tahun baru tanpa figura paling kritikal iaitu ketua jurulatih pecut apabila masih belum ada pengumuman daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung individu yang bakal isi kerusi panas itu.
Peranan paling utama dalam membangunkan dan mempersiapkan pelari pecut negara untuk cabar kilauan ibu segala pingat, acara reben biru di Sukan SEA Thailand hujung tahun ini -- masih belum ada bayangan siapa yang bakal menggantikan tanggungjawab yang digalas Md Poad Md Kassim sebelum ini.
Khidmat Poad tidak dipanjangkan untuk musim 2025 dan situasi itu membuatkan barisan pelari pecut negara terpaksa berlatih sendirian.
Difahamkan KOM sudah menamakan beberapa calon namun badan induk itu perlu mengemukakan justifikasi kepada Majlis Sukan Negara.
Atas faktor itu, KOM masih belum menamakan jurulatih pecut dan ianya bakal memberi impak besar memandangkan tempoh empat bulan pertama tahun ini memerlukan kepakaran jurulatih merencana program berfasa, khususnya ketika bulan Ramadhan nanti.
"Empat bulan pertama amat penting daripada segi persiapan setiap atlet pecut menghadapi kejohanan sepanjang musim, katanya atlet negara, Khairul Hafiz Jantan.