Skip to main content

Sukan Asia

Skuad mendaki ditanggung MSN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendaki.jpg
Skuad mendaki negara mahu memberikan keputusan terbaik di pentas Sukan Asia 2018 selepas Majlis Sukan Negara (MSN)  bersetuju membiayai perbelanjaan mereka walaupun disenaraikan dalam kategori B.

Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) sememangnya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membawa atlet beraksi di Jakarta selepas diletakkan dalam kategori B.

Namun, peluang yang diberikan oleh MSN untuk membantu mereka sememangnya tidak boleh disia-siakan dan adalah menjadi tugas atlet untuk terus berusaha bagi melakar sesuatu di sana nanti.

Pencapaian dalam Sukan Asia secara tidak langsung akan menjadi penanda aras kepada mereka agar peluang untuk beraksi dalam kejohanan luar negara terus terbuka selepas ini.

"Dalam perbincangan yang lepas, kami dimasukkan dalam kategori B, cuma kami mendapat perhatian daripada MSN. 

"MSN berkemungkinan akan membantu kami dari segi bajet," kata pengurus pasukan mendaki negara, Mohd Akbal Amin Asain.

Salah seorang atlet yang berpotensi besar, Muhammad Taqiuddin Mohd Zulkifli, percaya mampu menghadiahkan pingat walaupun mereka sekadar melakukan persiapan penuh di Malaysia.

"Kami sekarang menjalani persiapan di bawah MSN dan PMM. 

"Apabila menjalani latihan pusat, prestasi kami akan meningkat lebih pesat," kata Taqiuddin.
 

Advertisement

Must Watch Video