Skip to main content

Sukan Lain

Skuad lempar cakera teruskan latihan tanpa Irfan

choo-kang-ni.jpg
Tiada gerakan boikot dalam kalangan atlet negara di sebalik kritikan terbuka jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin, terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam. 

Malah, skuad lempar cakera tetap meneruskan sesi latihan di Bukit Jalil hari ini seperti biasa.

Choo Kang Ni dan Abdul Rahman Lee dilihat tetap meneruskan tugas mereka sebagai atlet negara di sebalik keperluan untuk mendapatkan jurulatih selepas Frank Petrovic ditamatkan kontrak, akhir bulan lalu. 

Sebelum ini, Irfan banyak bertindak sebagai pemerhati kepada kedua-dua rakannya itu memandangkan dia memiliki pengalaman dan pencapaian yang jauh lebih baik di pentas antarabangsa dengan meraih pingat perak dalam Kejohanan Asia tahun lalu. 

Sehubungan itu, Kang Ni dan Rahman perlu berlatih menggunakan pengalaman sendiri sejak tiga minggu lalu dan situasi ini menyaksikan mereka amat memerlukan sentuhan jurulatih untuk memperbaiki kesilapan teknik masing-masing. 

Masa kian suntuk buat mereka untuk menjalani persiapan menjelang pertandingan pertama tahun ini, iaitu Kejohanan Olahraga Perak All Comers di Ipoh, Mac depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video