Kepulangan skuad hoki dalam dewan negara ke tanah air selepas mengesahkan slot merit ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah diiringi permintaan untuk memiliki program jangka masa panjang yang lengkap.
Ini kerana skuad negara hanya dikumpulkan pada saat-saat akhir untuk membentuk satu pasukan, tidak seperti negara elit lain yang memiliki program khusus menuju kejohanan utama.
Memandangkan skuad kendalian Rodhanizam Mat Radzi itu memiliki dua tugasan utama tahun depan iaitu Piala Dunia dan Sukan SEA Thailand, mereka secara sebulat suara menuntut program khusus secepat mungkin.
Kika perkara ini tidak dapat ditunaikan kebarangkalian skuad negara mencipta impak dalam kejohanan utama sangat tipis, malah jurang perbezaan kualiti semakin ketara dengan negara Eropah.
"Ini penyertaan pertama kami tapi persiapan kami perlu rapi.
"Sekurang-kurangnya kami perlu mengadakan 30-40 perlawanan persahabatan. Saya harap KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara) dapat fokus lebih pasukan ini.
"Dengan keputusan ini, kami harap diserapkan ke dalam program sepenuh masa sebagai persediaan ke Piala Dunia dan Sukan SEA," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.