Skuad hoki dalam dewan negara mendapat suntikan moral apabila muncul pasukan pertama mendapat tajaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pemain negara diberikan penghargaan menjadi duta kempen itu di kejohanan berprestij Piala Dunia, sekaligus mempamerkan inisiatif Konfederasi Hoki Malaysia dalam mendapatkan alternatif meskipun tidak berada dalam Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN).
"Perdana Menteri telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2026, dan pemain-pemain ini akan keluar negara dan menguar-uarkan mengenai negara kerana banyak negara luar akan hadir di venue itu nanti.
"Kami mendapat persetujuan bahawa kementerian Pelancongan sebagai penaja, bukan sahaja bersaing di Piala Dunia dunia tetapi mempromosikan negara.
Begitupun, MSN dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersetuju menampung perbelanjaan skuad negara sepanjang kejohanan itu berlangsung.
"Perbelanjaan ditampung KBS dan MSN, terima kasih kerana bersetuju menampung perbelanjaan kami." tambahnya.
Saufi Tahir
Mon Jan 20 2025