Ekoran kejayaan yang dilakar dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, skuad memanah compund negara akan turut sama terbang ke Mexico bulan depan bagi mengharungi kempen Kejohanan Dunia buat julung kalinya.
Mohd Juwaidi Mazuki adalah antara tonggak negara dalam acara memanah compund sejak 2013.
Namun, dalam tempoh itu, dia dan rakan sepasukan tidak pernah dihantar untuk menyertai mana-mana kejohanan dunia.
Bagaimanapun, atas kejayaan yang dilakar skuad compund negara dalam Sukan SEA dengan meraih tiga emas, satu perak dan satu gangsa, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bersetuju untuk menghantar skuad memanah compound ke Kejohanan Dunia di Mexico, bulan depan.
"Kami akan menyertai Kejohanan Dunia di Mexico. Iini merupakan kali pertama skuad compound negara beraksi di pentas ini," kata Juwaidi.
Sebelum ini, acara memanah recurve lebih menjadi tumpuan kerana pencapaian mereka yang memberangsangkan, tambahan ia adalah acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
Kini, dengan kepercayaan dan peluang yang diberikan sama-rata oleh pihak atasan, Juwaidi mewakili skuad compound berasa lega dan akan bersemangat untuk terus membawa kejayaan kepada Malaysia.
"Memanah compound kini dapat melihat prestasi yang meningkat sejak Sukan SEA 2015, ia telah dapat menarik perhatian MSN untuk diketengahkan walaupun bukan acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik," katanya.
Kejohanan Memanah Dunia 2017 di Mexico yang bermula pada 15 Oktober ini merupakan platform dan penanda aras terbaik bagi pemanah negara untuk menguji memampuan mereka di peringkat antarabangsa.