Skuad berbasikal para negara berjaya mengatasi trauma terbabit dalam kemalangan Khamis lalu apabila kembali berlatih di jalan raya.
Latihan mereka turut diiringi khabar positif apabila kedua-dua pelumba acara tandem, Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Nizam Mohd Ali, disahkan akan menyertai Sukan Para ASEAN 2017.
Tiada apa yang lebih melegakan jurulatih apabila melihat anak buahnya kembali menjalani latihan penuh menjelang temasya yang akan membuka tirai Ahad ini.
Mereka berjaya mengatasi rasa gementar selepas terbabit dalam kemalangan ketika berlatih di Lebuhraya Kuala Selangor (LATAR), Khamis lalu, sekaligus menjadi petanda positif untuk kembali memburu sasaran empat pingat emas acara lebuh raya.
Lebih menggembirakan, perkembangan positif Hazwan dan Nizam yang bersetuju meneruskan cabaran acara tandem.
"Mereka masih boleh meneruskan latihan walaupun mengalami kecederaan kecil. Kami masih perlukan satu minggu untuk membuat pemulihan daripada segi mental dan fisiologi.
"Kami juga akan pastikan pelumba simpanan dapat membawa kedua-dua atlet ini pada hari temasya," jelas jurulatih berbasikal para negara, Mohd Johari Nayan.
Khamis lalu, empat pelumba basikal para negara ditimpa kemalangan sehingga kedua-dua jurumudi mengalami kecederaan serius dan terpaksa menarik diri daripada Sukan Para ASEAN.
Mereka akan digantikan jurumudi baru, antaranya Mohd Hafiz Sufian.
Sesi latihan di Putrajaya hari ini berjalan lancar dengan orang awam mula memberi lebih banyak ruang kepada pelumba basikal para meneruskan misi negara.
"Segalanya sudah kembali normal. Kami sebagi satu pasukan telah mengambil kira semua aspek untuk memastikan keselamatan pelumba.
"Bagi kami, ini perkara biasa," jelas atlet berbasikal para negara, Alvin Lim.