Siri Jelajah Persahabatan Eropah berakhir dengan perlawanan ketujuh menyaksikan skuad hoki negara tewas tipis 1-2 kepada India di Kelab Hoki Zwolle, Belanda.

Selepas tewas 0-5 kepada Belanda dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia kembali ke gelanggang bertemu India.

Di sebalik tewas 1-2, terdapat perkembangan positif yang ditampilkan pasukan.

"Usaha yang sangat baik daripada semua pemain. Terdapat banyak peningkatan ditampilkan pasukan dalam perlawanan ini terutama daripada segi struktur pertahanan dan situasi satu lawan satu.

"Masih banyak perkara perlu ditingkatkan untuk pasukan ini dan kami sudah mengenal pasti beberapa perkara dan akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan pasukan. Dalam masa yang sama ada beberapa kemajuan yang ditunjukkan pasukan terutama selepas kekalahan besar bertemu Jerman.

"Pasukan akan terus memandang kehadapan untuk membangunkan pasukan ini terutama dari aspek fizikal, kekuatan, teknikal dan taktikal."