Skip to main content

Sukan

SIPMA: Wakil MASUM dinobat olahragawati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sipma.jpg
Temasya Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) berakhir dengan majlis penutup yang gilang-gemilang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor hari ini.

Kejayaan penganjuran selama tujuh hari itu, sekali gus mengangkat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan UTM sebagai tuan rumah yang berjaya menyatukan pelbagai institusi pendidikan di seluruh negara menerusi sukan.

Kemuncak penutup menyaksikan takhta olahragawan dan olahragawati kejohanan dianugerahkan kepada Hii Puong Wei iaitu atlet renang daripada Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (MASISWA), dan Nur Nisa Aliya Muhammad Razif sebagai pemanah yang mewakili MASUM.

Pengiktirafan tertinggi yang menghargai komitmen dan semangat juang luar biasa dipamerkan sepanjang kejohanan, sekali gus menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus cemerlang di peringkat lebih tinggi.

"Sebelum datang ke UTM terasa seperti terumbang-ambing, tetapi jurulatih pesan supaya buat yang terbaik.

"Saya terkejut dan ini adalah salah satu perkara terhebat untuk saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
Milo

Bersama Mencipta Juara Baru

Milo jadi sebahagian perjalanan atlet muda, dari latihan harian hingga ke pentas besar.


Power Up Dengan Milo

Advertisement

Must Watch Video