Skip to main content

Sepak Takraw

SIPMA: MASUM intai final regu berpasukan sepak takraw

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw-sipma.jpg

Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) mahu bangkit dalam acara regu selepas dikejutkan pasukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) 1-2 dalam acara beregu akhir sepak takraw Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA), semalam.

Meskipun dibarisi pemain senior yang mudah mencipta kemenangan dalam set pertama, MASUM dibelenggu kebuntuan untuk menghalang rentak kecemerlangan gandingan MSPM yang ditunjangi Syafiq Mustakim dan Muhammad Azim dalam set kedua dan ketiga.

Teknik pelbagai libasan backstroke daripada Azim menyukarkan pihak lawannya membaca permainan lalu menyebabkan mereka gagal menyerap tekanan.

"Kami tidak mudah mengalah," kata Azim. 

Bagaimanapun, bagi acara akhir regu berpasukan menyaksikan trio MASUM -- Amar Roslan, Khairul Aman dan Haikal Huzaimi, membuktikan pengalaman bermain dalam kancah Sepak Takraw League (STL) sememangnya beri kelebihan untuk mendominasi keseluruhan permainan.

Mereka mudah menundukkan regu MSPM dengan straight set 15-9, 15-11.




Jelas Khairul Aman selaku pelibas utama skuad MASUM, kesilapan mudah seperti bola pertama yang kurang kemas dan servis tersangkut di jaring perlu segera diperbaiki bagi membolehkan mereka meraih slot ke saingan akhir acara berpasukan pada Ahad ini.

"Walaupun kami di tahap STL dan ada juga pemain kebangsaan, tapi tentangan daripada pihak lawan sangat baik. 

"Kami kesuntukkan masa persiapan tetapi kami tetapi datang mencari kemenangan," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video