Dua wakil skuad pesilat negara muncul juara dalam Kejohanan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023, sebentar tadi.
Kategori putra kelas C menyaksikan wakil Malaysia, Mohd Hazim Amzad, merangkul gelaran juara selepas aksi sengit berdepan Aniq Asri Mohd Yazid dari Singapura.
Pertembungan antara dua juara dunia itu menyaksikan masing-masing saling membalas serangan di pusingan pertama sehingga Hazim memastikan kemenangan pusingan pertama 9-8.
Skrip yang sama berulang di pusingan kedua, Hazim dan Aniq saling bertukar serangan, sebelum Singapura ditolak mata akibat perlanggaran sederhana berlaku.
Dan atas kesempatan itu, Hazim terus menjarakkan kedudukan 24-22.
Malaysia semakin agresif dengan teknik banting yang kemas untuk mendahului di pusingan terakhir sebelum Singapura mengikat kedudukan 35-35 hasil tendangan sisi.
Hanya beberapa saat sebelum tamat pertarungan, Malaysia mencipta kejutan dengan satu gerakan menarik untuk tumbangkan lawan sekaligus menoktahkan saingan dengan 40-35.
Mengikut jejak langkah Hazim, ialah Muhd Izzul Irfan Marzuki berdepan wakil tuan rumah, Mohd Ashraf Amirul Razaman.
Pertembungan bagaikan aksi ulangan apabila mereka baru sahaja bertembung di final sukma KL tahun lalu.
Kelebihan memihak Sarawak daripada segi ketinggian mudah menumbangkan Izzul untuk mendapatkan tiga mata pertama, manakala Malaysia menggunakan taktik serangan menutup gerakan lawan sekaligus bolot pusingan pertama 7-3.
Malaysia semakin agresif di pusingan kedua dengan serangan bertubi untuk mendahului 21-17 sebelum kedua-dua pasukan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan saat-saat terakhir bagi menyimpan tenaga di pusingan penentuan.
Izzul terus mendominasi pertarungan dengan teknik jatuhan yang sangat baik sebelum kesilapan percaturan berlaku, membuka ruang Sarawak mengikat kedudukan 27-27.
Berbaki enam saat, Izzul bertindak pantas dengan tendangan sisi untuk menoktahkan saingan dengan 30-28.