Abang kepada Nicky Hayden, Tommy, mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Maurizio Bufalini dan menyatakan bahawa keluarganya amat terharu dengan sokongan yang diterima susulan kematian bekas juara dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) berkenaan.
Hayden menemui ajal pada usia 35 tahun selepas dirempuh kereta ketika sedang menunggang basikal di persisiran pantai Rimini, minggu lalu.
Bekas juara dunia pada 2006 bersama pasukan Red Bull itu meraih simpati ramai berikutan kematiannya secara mengejut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Tommy menyatakan: "Bagi pihak keluarga Hayden dan tunang Nicky, Jackie, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas mesej sokongan yang diberikan -- kami amat terharu bahawa Nicky telah menyentuh ramai pihak dengan cara positif.
"Biarpun ini adalah detik kesedihan, saya mahu semua orang mengingati Nicky di puncak kebahagiaannya -- menunggang motosikal."
Satu kenyataan Red Bull Honda pula menyatakan: "Kami amat berdukacita bahawa pasukan Red Bull Honda mengumumkan bahawa Hayden telah menemui ajal selepas tercedera dalam insiden ketika menunggang basikal, Rabu lalu.
"Sepanjang kariernya, profesionalisme dan semangat juang tinggi Nicky sangat bernilai yang mendorong kepada kejayaan-kejayaannya, termasuk mencapai impian kanak-kanaknya untuk dimahsyurkan sebagai juara dunia MotoGP pada 2006.
"Selain sebagai juara sejati di atas trek, Nicky merupakan pelumba kesayangan peminat kerana budi pekertinya, tenang dan sering mengukir senyuman lebar di mana-mana sahaja.
"Penunggang kelahiran Kentucky ini akan dirindui sesiapa saja yang pernah menemui dan menyaksikan aksinya di sekitar trek.
"Dunia perlumbaan mengucapkan selamat jalan kepadanya."