Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hampir pasti menjadi saksi majlis perasmian gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2026 dan jika ia disahkan, bakal melakar sejarah baru kerana buat pertama kalinya dianjurkan di litar ikonik itu.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, mengesahkan perbincangan sepakat bersama pihak SIC telah mencapai tahap 80 peratus, termasuk jumlah pengeluaran bajet, kini dalam fasa untuk menanti kata putus.
Bagaimanapun, bagi upacara penutupannya pihak penganjur masih dalam proses meneliti lokasi yang sesuai, dengan keutamaan diberikan kepada stadium tertutup.
Ini berikutan faktor kepulangan sebahagian besar atlet selepas tamatnya temasya Sukma menjadikan ia sebagai satu keperluan untuk tempat yang lebih kecil dan kondusif.
SIC hampir pasti menjadi saksi perasmian SUKMA 2026 sementara majlis penutupan akan berlangsung di stadium tertutup.#SUKMA2026 #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/xPUMHqsUoV
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 18, 2025
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, mengesahkan perbincangan sepakat bersama pihak SIC telah mencapai tahap 80 peratus, termasuk jumlah pengeluaran bajet, kini dalam fasa untuk menanti kata putus.
Bagaimanapun, bagi upacara penutupannya pihak penganjur masih dalam proses meneliti lokasi yang sesuai, dengan keutamaan diberikan kepada stadium tertutup.
Ini berikutan faktor kepulangan sebahagian besar atlet selepas tamatnya temasya Sukma menjadikan ia sebagai satu keperluan untuk tempat yang lebih kecil dan kondusif.
“Saya boleh beri jaminan SIC dalam proses 80% tapi lokasi penutupan akan dibuat di stadium tertutup.”
— husnae (@husnazainudin_) March 17, 2025
Exco Belia & Sukan Selangor, Najwan Halimi beri bayangan Litar Sepang hampir pasti jadi venue perasmian SUKMA 2026 manakala venue penutupan masih belum diputuskan. @ASTROARENA pic.twitter.com/3d82psxqhW