OLAHRAGA
Shahidan Kassim sangkal dakwaan KOM tidak relevan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Shahidan Kassim, menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan dilontarkan bahawa badan sukan itu tidak lagi relevan.
Dia turut menegaskan sepanjang pucuk pimpinannya, penglibatan atlet menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda iaitu seramai 244 atlet telah menyertai 13 kejohanan antarabangsa berbanding tahun 2019.
Rekod persatuan itu turut ditonjolkan menerusi penganjuran Cahya Mata Super Series yang melibatkan lebih 4,000 atlet dan mencipta tiga rekod kebangsaan baharu, termasuk rekod menerusi acara 100m wanita yang dipecahkan selepas lebih 30 tahun.
Iklan
Mengulas mengenai dakwaan tuntutan dana yang dibangkitkan Ahli Majlis KOM, Shahidan menjelaskan ia masih dalam proses semakan dan tiada pembayaran dilakukan oleh kesatuan itu setakat ini.
Begitupun, KOM menjelaskan bahawa satu mesyuarat lanjut akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti isu itu secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil.
"Kenyataan akhbar boleh dikeluarkan setelah keputusan dibuat, yang boleh adalah saya. Kami boleh ambil tindakan kepada apa-apa perkara yang dibawa oleh umum dan media.
"Perbadanan ini diuruskan oleh satu badan yang dianggotai oleh penaja dan wakil KOM, khusus untuk memberikan perhatian kepada pembanggunan dan kejurulatihan.
"Seperti Cahya Mata, enam kejohanan dan semua ditaja oleh Cahya Mata Sarawak, semua negari perlu ikut peraturan yang ketat. Saya tidak pernah buat keputusan sendir, semua terletak pada majlis buat keputusan." katanya.
Must-Watch Video