Skip to main content

Sepak Takraw

Sepaktakraw GP Kebangsaan - Perak optimis mara peringkat akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gp1.jpg
Pasukan Perak akan menggunakan segala pengalaman yang ada di Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Grand Prix (GP) 2017 yang akan berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Taman Keramat Kuala Lumpur, 8 hingga 10 September ini.

Menurut ketua jurulatih Perak, Ku Jaisman Ismail, misi mesti menang disasarkan di sirkit kedua ini jika mahu meneruskan perjuangan hingga ke peringkat akhir.

Kata Ku Jaisman., "kami perlu mengutip mata untuk layak kepusingan seterusnya setelah di sirkit pertama kami gagal meraih mata. Jadi, inilah masanya untuk Perak bangkit kembali. 

Saya harap kembalinya pemain-pemain utama ke dalam skuad dapat merealasisikan sasaran untuk menjadi antara lapan pasukan terbaik sekaligus layak ke sirkit akhir yang dijadualkan pada akhir bulan ini", ujarnya.

Disamping itu pengurus pasukan, Mohd Jafrey Mohd Zainol turut melaungkan keyakinan kepada pasukannya.

"Kali ini pasukan Perak adalah adunan daripada pemain senior dan muda.  Saya juga mahu melihat pemain-pemain muda ini menunjukkan prestasi terbaik dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin memandangkan mereka bakal mengisi skuad sepaktakraw negeri dalam Sukan Malaysia (Sukma) nanti". 

Tahun lalu, Perak tewas diperingkat kumpulan dalam sirkit akhir kepada Terengganu dan Pulau Pinang.

Advertisement

Must Watch Video