Pengarah Jawatankuasa Protokol dan Perhubungan Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Nur Laily Rahmawati, memberi jaminan isu regu sepak takraw yang dihadapi Malaysia akan dibincangkan pada hari terakhir pendaftaran kontinjen Sukan Asia Indonesia 2018, esok.
Selama dua hari berturut-turut, Malaysia yang diketuai timbalan chef-de-mission (CDM), Dr P. Vellapandian, mengutarakan isu mengenai status regu sepak takraw negara ketika mesyuarat antara CDM.
Bagaimanapun, sehingga hari ini, kata putus masih gagal dicapai dan apa yang mungkin melegakan adalah perkhabaran bahawa INASGOC memberi jaminan akan membincangkan perkara itu secara mendalam pada hari terakhir mesyuarat pendaftaran, di mana ia akan diselesaikan sebelum dibawa ke panel timbang tara.
“Sekurang-kurangnya, penyertaan pasukan akan diselesaikan. Segalanya perlu disenaraikan secara terperinci.
“Sebagai contoh, pasukan bola tampar akan disenaraikan berserta dengan acara dan kumpulan. Selepas itu, persetujuan akan ditandatangani dan sebarang perubahan tidak akan diterimaa,” kata Nur Laily.
Setakat ini, Malaysia sudah mendaftar seramai 418 atlet membabitkan 35 jenis sukan dan Vellapandian juga mengakui turut berusaha untuk mengelak perkara itu daripada dibawa ke panel timbang tara.
Aspek lain yang memberikan kelegaan kepada kem Malaysia adalah pihak penganjur telah memberikan jaminan bahawa sebarang perkara berkaitan pengangkutan, pemakanan serta penginapan atlet berada di tahap terbaik.