Skip to main content

Sukan Lain

Sempat iftar dan tarawikh, saya akan merindui Malaysia -- Sonny Bill Williams

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sonny-bill-williams.jpg
Legenda ragbi New Zealand, berkongsi imej menyambut pembukaan bulan Ramadan di Malaysia
 

Umum mengenai atlet ragbi yang bersusuk tubuh sasa, Sonny Bill Williams merupakan legenda All Blacks. 

Tidak hanya terkenal dek kemahirannya di padang, tetapi juga kerana perjalanan hidupnya yang unik, termasuk penerimaan agama Islam. 

Dia juga merupakan seorang atlet serba boleh yang berjaya dalam pelbagai sukan, termasuk tinju profesional.

Selain kejayaannya dalam sukan, Williams menjadi perhatian ramai apabila memeluk agama Islam pada tahun 2009. 

Keputusan ini bukan sahaja mengejutkan ramai peminat ragbi, tetapi juga mencipta satu kisah inspirasi mengenai penerimaan agama dan budaya yang berbeza. 

Menurut Williams, pengislamannya adalah suatu perjalanan spiritual yang memberi ketenangan jiwa dan perspektif hidup yang lebih mendalam.

Sebagai seorang Muslim, Williams terus mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan tidak segan untuk berkongsi pengalamannya dengan orang ramai. Beliau juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan sering menggunakan platformnya untuk memberi inspirasi kepada orang muda, terutamanya dalam kalangan komuniti Muslim.

Dan lebih manis, Williams sempat meluangkan masa bagi bulan Ramadan kali ini di Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video