Skip to main content

Hoki

Selvaraju, Syamim berkelana ke Itali

12917selvarajusyamim.jpg
Bekas pemain hoki negara, S. Selvaraju dan Mohamad Syamim Yusof, mengembangkan sayap ke luar negara apabila menerima tawaran kelab divisyen 2 Liga Itali, Pistoia Hockey Club, menjelang musim baru bermula hujung bulan ini.
 
Selvaraju yang bakal membuat penampilan keempat dalam liga Itali, berjaya meyakinkan pihak pengurusan Pistoia untuk mendapatkan khidmat Syamim.
 
Mereka akan mengetuai jentera serangan naib juara divisyen dua Liga Itali itu yang menetapkan sasaran untuk layak ke divisyen satu musim depan.
 
Jadi, ia tugas penting buat kedua-dua bekas penyerang kebangsaan ini menjelang aksi sulung, 23 September ini.

"Saya berasa sangat bangga kerana dapat membawa rakan senegara beraksi di luar negara, ini merupakan kali keempat saya ke Itali," kata Selvaraju.

"Dengan kehadiran Syamim, kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk layak ke divisyen satu."

"Saya berharap dapat mencipta nama beraksi di sana, sekaligus membantu pasukan meraih kemenangan," kata Syamim.
 
Selvaraju cukup berpengalaman beraksi di luar negara.
 
Ini kali ke-13 dia beraksi di kelab Eropah selepas menimba ilmu di negara gergasi hoki seperti Jerman, Australia, Belanda, England dan Scotland.
 
Mereka dijadual berangkat ke Itali, Jumaat ini.

Advertisement

Must Watch Video