Menjelang Sukma, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, memaklumkan persiapan Selangor selaku tuan rumah Sukma 2026 kini sudah mencapai 40 peratus tahap persediaan.
Ujarnya, pihaknya kini dalam proses menaik taraf dan membaik pulih fasiliti sedia ada demi memastikan penganjuran temasya dwitahunan yang bakal memasuki edisi ke-22 itu berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Sebanyak tujuh daerah bakal menjadi tumpuan lokasi pertandingan membabitkan 28 acara sukan teras serta lima sukan tambahan yang akan dimuktamadkan pada Julai depan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma.
Terdahulu, Nadi Arena pada Isnin melaporkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bakal bertindak selaku venue acara pembukaan rasmi Sukma Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung Ogos tahun depan.