E-SUKAN
Selangor semai MLBB di peringkat sekolah menengah
Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah berani dalam mengetengahkan Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) melibatkan 64 sekolah menengah di Selangor!
Kejohanan Selangor Future Cup 2025 melibatkan penyertaan 64 sekolah seluruh negeri yang akan berlangsung antara 22 dan 23 Februari 2025.
Inisiatif di sebalik penganjuran kejohanan ini bertujuan mengembangkan bakat pelajar B-17 di Selangor secara kompetitif selain menawarkan platform utama mewakili kontinjen Selangor di Sukan Malaysia (Sukma) 2026.
Iklan
Selangor Future Cup juga melibatkan kolaborasi bersama Selangor Red Giants dan Todak yang akan membimbing peserta.
"Kami memang sudah awal bercadang mahu masuk ke sekolah tapi ada banyak kekangan.
"Selain berbincang dengan Todak dan SRG, kami juga turut mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada jabatan pendidikan negeri.
"Hasilnya kami dapat melaksanakan yang melibatkan 64 sekolah menengah di Negeri Selangor," kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam hari ini.
Lebih menarik, pemenang berpeluang menikmati penajaan biasiswa bernilai RM160,000 oleh Todak Academy untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma kemahiran.
"Pemenang akan mendapat bimbingan profesional oleh pihak SRG dan Todak untuk menjadi atlet profesional.
"Selangor Future Cup ini merupakan sebuah program yang mempunyai kesimambungan
"Terutama ada yang mengatakan e-sukan ini tiada nilai tambah untuk pelajar.
"Mereka akan diberikan biasiswa dalam bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).
"Ini akan memastikan mereka tidak tercicir dalam bidang akademik dan dalam masa sama boleh meneruskan hobi dan minat sebagai penggiat e-sukan," katanya.
Must-Watch Video