Skip to main content

Sukan Lain

SEADeaf 2025: Malaysia bawa kontinjen kedua terbesar ke Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sea-deaf-games.jpg
Juara bertahan Sukan SEA Pekak (SEADeaf), Malaysia yang bakal membawa kontinjen kedua terbesar ke Jakarta, Indonesia bagi edisi kedua yang berlangsung dari 20 hingga 26 Ogos ini.

Misinya -- memburu 16 pingat emas sekali gus mempertahankan gelaran yang diraih pada edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2022.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF), Ong Shin Ruenn, menjelaskan sasaran itu merangkumi enam emas olahraga, lima emas tenpin boling, dua emas badminton, dua emas catur serta satu emas menerusi acara futsal lelaki.

Shin Ruenn turut meluahkan hasrat agar suatu hari nanti komuniti pekak di negara ini mempunyai sebuah bangunan khas yang dilengkapi kemudahan latihan berpusat.

Sementara itu, naib presiden MSDEAF, Sarkunan Balakrishnan -- yang dilantik sebagai Chef de Mission (CDM) mengakui ia satu penghormatan besar apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab tersebut.

Dia yakin sasaran itu mampu dicapai, berbekalkan semangat dan motivasi tinggi, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghargai kemampuan komuniti pekak.

Advertisement

Must Watch Video