Scuba diving merupakan salah satu sukan lasak yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta ‘outdoor activities’.
Dalam masa sama, ia turut menawarkan pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata dan hanya yang berpengalaman merasainya tahu bagaimana menakjubkan dubia bawah laut yang menanti untuk diterokai.
Malaysia antara destinasi terbaik untuk melakukan aktiviti sukan lasak ini, antaranya di Pulau Sipadan, Pulau Perhentian atau Pulau Tioman.
Perasaan tenang dan damai akan dirasai apabali menyelami air jernih yang dikelilingi ikan pelbagai warna dan jenis, selain terumbu karang dan haiwan-haiwan lain.
Selain daripada keindahan visual, scuba diving juga mengajar kita menjadi berdisiplin, menjaga keselamatan dan kerjasama berpasukan.
Beberapa perkara yang perlu dilaksanakan, seperti latihan dan pemahaman protokol, juga membentuk keyakinan diri seseorang dalam situasi yang mencabar.
Scuba diving juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal. Pergerakan di dalam air menggunakan hampir keseluruhan otot badan, serta meningkatkan keupayaan pernafasan dan kawalan emosi. Ia turut memberi kesan positif kepada kesihatan mental selepas sesi menenangkan di bawah laut.
Scuba diving adalah satu aktiviti yang patut dicuba sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Ia bukan sekadar sukan, tetapi satu pengalaman hidup yang membuka mata dan hati terhadap keajaiban dunia laut.