OLAHRAGA

Saya hilang hormat terhadap dia -- Usain Bolt

Stadium Astro
Najmi Iman
26/02/2025
04:07 MYT
Sponsor Banner
Saya hilang hormat terhadap dia -- Usain Bolt
Pemenang emas Sukan Olimpik, Usain Bolt, menyelar kenyataan legenda olahraga Amerika Syarikat (AS), Carl Lewis, yang mengaibkan negara kelahirannya, Jamaica.
Kedua-dua atlet tersebut dikategorikan sebagai bintang paling popular kerana pelbagai pencapaian dan sejarah serta rekod yang memberangsangkan diraih dalam acara balapan.
Lewis antara atlet pecut paling berjaya selepas mengumpul 17 pingat emas dalam Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia, manakala Bolt pemegang rekod terpantas acara 100m dan 200m sepanjang zaman.
Individu berusia 63 tahun itu pernah menyuarakan kebimbangan mengenai dakwaan ujian dadah yang dirancang dalam pasukan Jamaica
"Negara seperti Jamaica tidak mempunyai program [ujian dadah] secara rawak, jadi mereka boleh pergi menyertai mana-mana kejohanan diuji," katanya.
Ketika menjawab kepada kata-kata itu, Bolt menegaskan bahawa dirinya telah hilang rasa hormat terhadap Lewis.
"Saya akan mengatakan sesuatu yang sangat kontroversi, saya tidak akan menghormatinya.
“Dia hanya mencari perhatian kerana tiada siapa yang bercakap tentang dia.
"Sedih apabila dia berkata demikian dan sangat menyakitkan hati.
“Saya sudah hilang rasa hormat kepadanya," kata Bolt.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video