Skip to main content

Sukan Lain

Saya bukan keras kepala, saya orang baik -- Shahidan Kassim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahidan-kassim.jpg
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyelesaikan beberapa isu yang akan diselesaikan secara baik.

Ia termasuk mengenai pemilihan barisan kejurulatihan, pihak pengurusan dan staff yang akan mengelolakan atlet olahraga negara.

"Ia berkaitan pelbagai perkara kerana apabila kami menandatangani kontrak bersama MSN daripada segi kuasa, MSN mahu menyerahkan sepenuhnya kepada persatuan, jadi prosesnya sedang berlaku" katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Saya seorang yang suka bercakap secara terbuka tentang isu rakyat. Untuk menyelesaikan masalah yang sedang kami hadapi, biar ia diselesaikan secara elok.

"Pada awalnya saya tidak bersetuju kerana kami tidak cukup staf tetapi persatuan lain setuju, jadi saya bersetuju. Saya bukan keras kepala, saya orang baik.

"Mereka katakan itu perkara terbaik, saya bersetuju. Anda berikan kami wang, kami selesaikannya.

"Mereka memberikan wang, ia bagus tetapi hanya untuk 2024, 2025 belum lagi," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video