Sejak kembali mengambil alih skuad hoki kebangsaan pada Mac tahun lalu, ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, menegaskan fokus utamanya adalah untuk menambah jumlah pemain berkualiti dalam pasukan selain memburu pingat dalam kejohanan antarabangsa.
Dengan 27 pemain dalam kem negara ketika ini, yang dianggap terhad, penambahan itu juga mampu memberikan Sarjit banyak pilihan untuk menukar strategi sekiranya berlaku kecederaan kepada pemain.
Bekas pemain kebangsaan itu tetap komited merencana perkembangan pasukan seiring dengan tempoh kontrak yang diberikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Menjelang perlawanan persahabatan menentang Wales pada 13 Jun ini, Sarjit tidak meletakkan sebarang tekanan buat pemainnya, sebaliknya hanya mahu mereka mengurangkan kesilapan dan mempamerkan corak permainan kemas.
"Tahun lalu ketika saya mula mengambil alih pasukan ini, pasukan lain sudah memiliki program masing-masing untuk tempoh panjang," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Ainul Ameerul.
"Bagi Malaysia dan pasukan Asia lain, tarikh kejohanan kita diketahui amat lewat. Jadi amat susah untuk merancang.
"Di Eropah, tarikh kejohanan mereka keluar lebih awal, jadi mereka tahu bila mereka perlu bermain.
"Itulah masalahnya. Jika kita dapat kalendar Asia dengan lebih awal, kita akan dapat membantu pasukan Asia."
Malaysia akan membuka kempen Piala Negara-Negara dengan menentang Pakistan di laman sendiri pada 16 Jun ini.