Skip to main content

Sukan Lain

Sara pernah hampir putus asa akibat kecederaan

sara-j.png
Atlet taekwondo negara, Sara Yap Khim Wen, mengakui dia pernah berasa untuk berputus asa daripada karier susulan kecederaan yang dialami sebelum ini.

Selepas mengalami kecederaan lutut yang serius sehingga terpaksa berehat panjang, karier Sara tampak semakin tergugat ekoran masalah di bahagian buku lali yang dialami Februari tahun lalu.

Namun, atlet berusia 24 tahun itu menunjukkan semangat tinggi untuk bangkit sebelum meraih pingat gangsa bagi acara poomsae individu wanita dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

"Saya rasa bagi mana-mana atlet, rasa untuk berputus asa itu biasa jika wujud, terutama apabila mengalami kecederaan serius.

"Namun, saya melihat semula sasaran serta matlamat, jadi saya teruskan perjuangan," katanya dalam temu bual Nadi@1, hari ini.

Dalam masa sama, Sara juga menjelaskan proses fisioterapi yang dijalani di Majlis Sukan Negara (MSN) turut memainkan peranan dalam setiap usaha yang dilakukan untuk pulih.

"Di MSN, kami akan menjalani latihan sekurang-kurangnya dua kali, kadangkala sehingga tiga kali sehari. Sebelum ini, saya mengalami kecederaan, jadi perlu melalui proses fisioterapi. Kini semuanya sudah semakin baik."

Advertisement

Must Watch Video