Skip to main content

Sukan Lain

RWAM: Olimpian negara-Milo bergandingan cungkil bakat lumba jalan kaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

timbalan-presiden-rwam,-chong-beng.jpg
Milo dan sukan berpisah tiada.

Selama 75 tahun, Milo telah menjadi sokongan berkekalan dalam membina budaya sukan negara, menyokong pelbagai inisiatif pembangunan bakat sukan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan rakyat 
Malaysia.

Salah satu contoh komitmen ini ialah penglibatan aktif Milo dalam Milo Race Walker Junior Development Programme (RWAM), iaitu acara lumba jalan kaki, melalui kerjasama erat bersama bekas olimpian lumba jalan kaki kebangsaan, Khoo Bhong Beng. 

Inilah bagaimana Milo terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan sukan negara. 

"Program ini sebenarnya berbentuk pendidikan. 

"Atlet belajar dari muda; bagaimana untuk berjalan.

"Ramai yang tidak tahu peraturan atlet," kata Timbalan Presiden RWAM, Chong Beng.

Selepas beraksi Sukan Olimpik 1976, Chong Beng menyalakan impiannya untuk generasi seterusnya mengecapi kegemilangan.

"Janganlah simpan (bakat) sampai situ sahaja, mnungkin saya boleh bantu cungkil atlet untuk Malaysia pada masa depan. 

"Ramai tidak tahu tapi kita mesti beri mereka peluang. Kami perbetulkan mereka agar mereka dapat belajar," katanya lagi. 

Dalam masa sama, kehadiran jurulatih RWAM, Yap Thien Chong, turut melengkapkan pembentukan seseorang lain. 


"Mereka perlukan latihan yang banyak dan kadangkala perlukan kejohanan juga. 

"Saya rasa bangga kerana Milo untuk bekerjasama, jika tidak kami ada peluang," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video