Kapten Ripper GC, Cameron Smith, yang juga bekas juara The Open Championship 2022, menyambut baik kerjasama antara pasukannya dan AirAsia kerana mampu memberikan kelebihan buat pasukannya untuk mengekalkan momentum terbaik dalam Liga Golf LIV 2025.
"Kami berdua suka melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza.
"Membawa golf ke lebih banyak lokasi baharu adalah sesuatu yang sangat penting bagi kami.
"Kerjasama ini adalah langkah besar dan saya berharap ia bertahan lama.
"Kami juga berpeluang beraksi di lokasi-lokasi yang menakjubkan setiap minggu, dan ini sesuatu yang sangat positif," katanya.
Seorang lagi pemain Ripper GC, Marc Leishman, turut melihat kerjasama ini sebagai sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi selepas pernah meraih kejayaan besar ketika menjuarai CIMB Classic 2018 di Kuala Lumpur.
Dia percaya ia membuka peluang lebih besar untuk dirinya dan rakan sepasukan kembali ke Malaysia dengan lebih kerap bagi bertanding serta merasai keunikan budaya tempatan.
"Saya mempunyai banyak kenangan manis di Malaysia, terutama di Kuala Lumpur.
"Dengan AirAsia sebagai syarikat dari Malaysia, kerjasama ini sangat menarik buat kami sebagai pemain.
"Saya berharap satu hari nanti kami dapat kembali ke Malaysia, beraksi di hadapan peminat tempatan, dan merasai budaya di sana," katanya.