Skip to main content

Sukan Lain

Rekod baharu Azeem, dalam landasan pecutan bawah 10 saat?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi-new.jpg
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, meneruskan rentak cemerlang apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 60 meter dalam dewan dengan catatan 6.56 saat (s) di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat pagi tadi.

Turun beraksi dengan menyarung jersi Oren Biru mewakili Universiti Auburn, atlet berusia 20 tahun itu meraih pingat gangsa acara 60m Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships.

Dalam separuh akhir, atlet berusia 20 tahun itu melakukan larian sepantas 6.60s dalam Kejohanan Jemputan Paw di South Carolina.

Menerusi kalkulator pecut, catatan 6.56s menjangkakan Azeem akan melepasi garisan 100m dengan catatan 10.26s.

Jadi, apa yang diperlukan Azeem untuk melakukan larian bawah 10 saat?

Mengikut pengiraan, catatan 6.39s pada 60m adalah yang paling optimum buat Azeem untuk melakukan masa 9.99s.



Bagaimanapun, ini adalah sekadar pengiraan, setiap catatan yang dilakukan oleh Azeem adalah perkara yang positif dalam perkembanganya sebagai atlet olahraga negara. 
   
Bekas raja pecut Asia Tenggara, Naziman Mohamed, turut memiliki pandangan terhadap kemampuan Azeem untuk melakukan catatan idaman itu. Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Weekend jam 7.30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video