SUKAN LAIN
Regatta Dragon Boat Antarabangsa Sarawak 2023: Tuan rumah layak ke separuh akhir kategori masters
Pasukan tuan rumah membuktikan mereka tetap unggul dengan reputasi juara bertahan bagi kategori masters saingan Regatta Dragon Boat Antarabangsa Sarawak 2023 edisi kesembilan.
Biarpun sedikit ketinggalan pada awal saringan, namun pasukan DBKL ACCS tetap memberikan cabaran hebat kepada pasukan lain untuk menghuni tempat kedua dan layak ke separuh akhir.
Kapten pasukan, Rizuan Ismail, menganggap keunikan pasukan yang membawa gabungan Sabah dan Sarawak merupakan antara yang menarik perhatian ramai dalam kejohanan kali ini.
Iklan
"Kami telah dua kali bergabung dan tahun lalu kami berjaya meraih kejuaraan. Gabungan pasukan Sarawak dan Sabah ini menyatukan silaturahim dan memastikan kejayaan buat Malaysia," katanya.
Kejohanan tersebut turut menyaksikan negara Brunei membuktikan dominasi pada hari pertama saringan dengan kayuhan yang cukup bertenaga.
Ketua pasukan Juragan Sungai Bunga Brunei Darusslam, Ali Damit, jelas teruja dengan kemenangan yang berjaya melayakkan mereka ke separuh akhir buat kali pertama.
"Kami sangat gembira atas penyertaan dalam saingan kali ini. Kami mengucapkan kepada semua untuk mempamerkan persembahan yang terbaik."
Sementara itu, pengurus pasukan Jepun, Shinada Kazuwo, menjelaskan penyertaan kali ini sangat bermakna memandangkan ia merupakan debut negara matahari terbit itu.
"Ia adalah kejohanan yang menakjubkan. Kami sangat gembira kerana datang ke sini, Malaysia merupakan negara yang cukup menarik."
Must-Watch Video