Ketua Pasukan Sipitang Paddlers Sabah, Henry Alfad, melontarkan rasa syukur atas kejayaan menempah tiket ke pusingan akhir kategori Primer Mix saingan Regatta Antarabangsa Dragon Boat Sarawak 2023.
Kejayaan tersebut disifatkan khas buat rakyat Sabah yang mendoakan kejayaan mereka selama ini, bagi perlumbaan esok, Henry akan mengerah segala keringat yang ada bagi mengharumkan nama negeri Sabah.
"Syukur atas kemenangan hari ini. Ia merupakan atas kerjasama rakan sepasukan untuk memastikan kemenangan buat pasukan Sipitang Sabah," kata Henry menerusi Nadi Weekend.
Perlumbaan bagi merebut gelaran 'Raja Dragon Boat' bakal ditentukan esok dengan saingan lebih hebat dijangka bakal dipersembahkan oleh kesemua pasukan.