Skip to main content

Sukan Lain

Regatta Antarabangsa Dragon Boat Sarawak 2023: Doha Cancer Wireless Warriors pupuk kesedaran kanser menerusi sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dragon-boat-1.jpg
Keunikan Regatta Antarabangsa Dragon Boat Sarawak 2023, yang terus menyajikan cerita menarik terutamanya mengenai peserta yang mengambil bahagian kali ini. 

Wartawan Nadi Weekend, Faizal Bazari, sempat menemubual beberapa 'wanita kuat' mengenai minat dan hasrat sebenar mereka, di bumi Kenyalang.

"Kami datang dari Qatar, setiap daripada yang mengambil bahagian dalam pasukan merupakan mereka yang berjaya mengatasi penyakit kanser. Warna merah jambu ini menandakan kami merupakan pejuang kanser payudara," kata ketua jurulatih Doha Cancer Wireless Warriors, Sandee Thompson.

"Pasukan ini ditubuhkan pada sembilan tahun lalu pada 2014, ia ditubuhkan bagi memberikan kesedaran terhadap penyakit kanser dan memupuk mereka untuk berjuang mengatasi masalah ini bersama-sama." 

Alunan gendang menjadi nadi semangat barisan pendayung bot naga dalam saingan kali ini, bertemu pemukul gendang Hornbill Dragon Boat Club, Audrey Low, berkongsikan peranan pemukul gendang dalam setiap pasukan.

"Pukulan gendang ini amat penting buat setiap pasukan, ia bertindak untuk menentukan rentak kayuhan bot dalam setiap perlumbaan, ia turut bertindak mengimbangi haluan bot," katanya

Advertisement

Must Watch Video