Fayyad Anaqi Faiz terus memimpin RCB MiniMoto Championship dengan 108 mata kini dalam misi mencatat 50 mata maksimum secara mutlak dalam pusingan keempat esok.
Dia berazam menyapu bersih dua perlumbaan di LYL International Karting Circuit, Cheras.
Pelumba berusia 9 tahun dari Selangor itu mengakui latihan bebas bermula sukar, namun empat sesi hari ini melonjakkan keyakinannya.
Jalan di litar ini rata, saya akan buat betul-betul.
"Nanti saya berlumba, akan (dapatkan) nombor satu juga," katanya.
Ayah Fayyad juga berharap anak kesayangannya kali ini, muncul juara mutlak di Sungai Long selain turut berkongsi bahawa RCB Minimoto sudah menjadi inspirasinya sejak muda.
"Zaman saya muda dulu memang minat barang-barang RCB. Jadi apabila mengetahui program pencarian akar umbi ini, saya sokong 100 peratus.
"Fayyad ada bakat dan dia memang berminat dengan permotoran.
"Dari awal lagi kami usaha sehabis baik. Balik sekolah pun berlatih, sebaik bangun tidur berlatih dan kami memanfaatkan hari cutinya untuk berlatih.
"Kami memang nak buru juara keseluruhan sebab tahun depan Fayyad tidak boleh masuk.
"Jadi harapan kami tinggi untuk menyaksikannya menjadi juara keseluruhan," katanya bapanya, Faiz.