RAGBI

Ragbi SEA 7s: Laluan berliku Malaysia pertahan kejuaraan

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
30/03/2025
10:33 MYT
Sponsor Banner
Ragbi SEA 7s: Laluan berliku Malaysia pertahan kejuaraan
Ketua jurulatih ragbi 7 sepasukan (7s) lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, tekanan menjuruskan ke arah kem Malaysia yang bakal turun selaku juara bertahan dalam Kejohanan Ragbi SEA 7s di Singapura yang bermula 4 April depan.
Dia, bagaimanapun, percaya senarai 12 pemain yang akan menggalas cabaran negara mampu untuk mempamerkan prestasi terbaik meskipun berdepan kenangan tempoh persiapan yang singkat.
Jelas pengendali kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu lagi, pasukannya berdepan misi wajib menang dalam dua perlawanan peringkat kumpulan a bertemu indonesia dan filipina sebelum mengesahkan slot ke pentas final.
untuk rekod, skuad bungaraya 7 sepasukan lelaki negara muncul juara sea 7 tahun lalu selepas tundukkan tuan rumah, singapura dengan keputusan 14-10.
"Paling penting ialah faktor kecergasan pemain kerana baru memulakan latihan pada awal Ramadan.
"Taktikal (menjadi perkara) nombor dua dan kami berterima kasih kerana dapat menjalani latihan di gimnasium ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara).
"Tekanan lebih kepada pasukan Malaysia. Dalam keadaan persiapan yang agak singkat jadi untuk menjayakan KPI (petunjuk prestasi utama) kami menjadi misi yang agak mencabar.
"Itu bukan alasan untuk kami. Jadi saya harap magis daripada pemain ketika menentang Filipina dan Indonesia pada hari pertama (kejohanan).
"Kami perlu memenangi kedua-dua perlawanan ini untuk memastikan dapat beraksi dalam final," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video