JEPUN 21 IRELAND 19
Tuan rumah, Jepun, melakar sejarah dengan menumpaskan Ireland 21-19 buat kali pertama di pentas Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 dengan Yu Tamura menjadi tunjang kemenangan The Brave Blossoms di depan lebih 50,000 penyokong di Stadium Shizuoka, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan tampil penuh keyakinan setelah masing-masing merekodkan kemenangan dalam aksi sulung.
Namun, tuan rumah tidak menganggap ranking kedua dunia milik Ireland sebagai satu jaminan untuk mendapat laluan mudah.
Apatah lagi skuad kendalian Joe Schmidt itu membuka tirai pungutan mata menerusi try yang disudahkan Garry Ringrose.
Bagaimanapun, hanya empat minit berselang, Tamura merapatkan jurang buat Jepun kepada 3-5 tetapi belum sempat Jepun mengatur kebangkitan, Ireland meraih tujuh mata seterusnya menerusi try Rob Kearney dan conversion Jack Carty.
Namun, Tamura menyempurnakan dua lagi penalti yang diambil selepas itu untuk merapatkan jurang kepada 9-12.
Dalam babak kedua, skuad bimbingan Jamie Joseph itu mengemaskan permainan dengan memungut tujuh mata susulan scrum di jarak 15 meter kawasan gol Ireland untuk Jepun mendahului buat pertama kali.
Tamura kemudian muncul wira apabila menyudahkan penalti keempat peribadi untuk memastikan Jepun meneruskan momentum kemenangan.