Atlet olahraga para negara, Mohd Raduan Emeari, terpaksa bertukar acara lain menjelang Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 bagi memberikan ruang kepada Mohd Ridzuan Puzi yang akan turun selaku pilihan utama dalam acara riben biru kategori T36.
Raduan merupakan jaguh pecut Sukan Para ASEAN sebelum kemunculan Ridzuan.
Dia pernah membolot lima pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Manila 2005 dan Korat, Thailand 2007.
Pada usia 35 tahun, Raduan tenggelam dengan kehebatan Ridzuan yang sudah bergelar juara dunia dan Paralimpik.
Jadi, dia terpaksa bertukar kepada acara jarak sederhana, 400, 800 dan 1,500 meter untuk memberi laluan kepada Ridzuan.
"Saya akan cuba memberikan yang terbaik tetapi akan memberikan ruang kepada Ridzuan beraksi dalam acara 100m. Dia adalah seorang atlet yang sangat berkualiti," kata Raduan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan sasaran skuad Paralimpik sebanyak 103 pingat emas dalam Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September ini.
Malaysia dijangka berdepan cabaran sengit juara bertahan, Thailand.
Skuad Paralimpik mendapat suntikan semangat selepas Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-19 dengan 145 emas 92 perak dan 86 gangsa.