Skip to main content

Permotoran

Qabil Irfan kemas bolot kedudukan ketujuh di Valencia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, mempamerkan tunggangan memberangsangkan selepas berjaya menamatkan perlumbaan kedua di Valencia, Sepanyol, di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 12.069s di belakang pelumba tuan rumah, Tomas Turetta.

Sebelum itu, Qabil bermula di kelompok hadapan pada permulaan perlumbaan namun, gangguan daripada pelumba lain merencatkan usahanya untuk kekal berada di hadapan.

"Saya tetap bersyukur dengan pencapaian ini meskipun terpaksa melewati perancangan sebenar untuk kekal di hadapan namun, saya berharap agar semua peminat tempatan mendoakan kejayaan saya di perlumbaan seterusnya," kata pelumba motor ESBK itu.

Advertisement

Must Watch Video