Skip to main content

Sepak Takraw

PSM terima tawaran anjur Piala Asia 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

reduan-sumali.jpg
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, mengesahkan badan induk itu secara dasarnya menerima tawaran daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) untuk bertindak selaku tuan rumah kejohanan Piala Asia 2025.

Jelas Sumali, keputusan yang dipersetujui ketika mesyuarat jawatankuasa tertinggi dan mesyuarat agung tahunan PSM itu bukanlah muktamad. 

Pihaknya perlu berbincang dan mendapatkan pandangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) berkaitan penganjuran kejohanan yang buat julung kali bakal dipertandingkan itu.

Antara faktor utama yang perlu diperhalusi PSM termasuklah kos penganjuran serta penjadualan kejohanan domestik yang bakal dianjurkan pada 2025.

Advertisement

Must Watch Video