MALAYSIA 1 JEPUN 1
The Malaysian Hockey Tigers gagal melakar kemenangan dalam aksi pembukaan Piala Sultan Azlan Shah 2017 apabila terikat 1-1 dengan Jepun, malam ini.
Malaysia mempamerkan permulaan yang positif di Stadium Hoki Sultan Azlah Shah, Ipoh apabila membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim.
Penjaga gol negara, S. Kumar, memastikan gawang gol negara tidak dibolosi apabila Jepun melakukan beberapa percubaan untuk menyamakan kedudukan.
Bersambung dalam separuh masa kedua, skuad pimpinan Stephen Van Huizen meningkatkan rentak permainan bagi mencari gol kedua. Fitri Saari berjaya menggelecek melepasi dua pemain sebelum melakukan percubaan, namun sekadar tersasar.
Sebaliknya, Jepun menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi pukulan sudut penalti Shota Yamada.
Malaysia terus mencorak serangan bagi mencari gol kemenangan, namun barisan pertahanan Jepun mengecewakan pasukan tuan rumah sehingga penghujung perlawanan untuk berkongsi mata.
Keputusan lain:
GREAT BRITAIN 2 INDIA 2
NEW ZEALAND 1 AUSTRALIA 1