FUTSAL
Projek Ramadan: Hilang punca pendapatan tak halang Feroz Karnim tabah sara anak lima tahun
Pemenang pingat perak futsal di temasya Sukan SEA Thailand 2007, Feroz Karnim, kini menjalani kehidupan harian dengan penuh sederhana.
Namun, dengan adanya anak tercinta iaitu Nur Ainaa atau lebih mesra disapa dengan panggilan 'Mimi' berusia 5 tahun menjadi penguat semangat serta pelengkap kepada kehidupan berliku Feroz ketika berdepan situasi tiada pendapatan tetap.
"Kalau tidak hilang dalam ingatan, kejohanan pada 2003 dimana ketika itu final berdepan Indonesia yang berakhir dengan seri 4-4.
Iklan
"Dalam masa tambahan dan saya lakukan gerakan untuk gelecek empat pemain untuk beri bantuan jaringan dalam 30 saat.
"Ketika itu nama saya naik dalam akhbar, kepuasan itu. Saya bukan penjaring tetapi 75% jaringan ketika zaman saya hasil bantuan jaringan itu adalah daripada saya," katanya.
Dia ini enggan memikirkan kisah silam dan fokus utama Feroz kini sepenuhnya tertumpu untuk membesarkan anaknya selain menjelaskan keadaan mentalitinya ketika mewakii Malaysia dan ketika ini tidak sama.
"Saya kini fikir anak saya, jika dulu mentaliti kuat dalam gelanggang tapi sekarang tidak sama.
"Terima kasih YAKEB setiap tahun tidak pernah lupa akan bantuan pada saya, pihak Astro dan sebelum ini memang banyak naikkan nama saya sejak bermain futsal." tambahnya.
Must-Watch Video