Sensasi badang negara 21 tahun, Aniq Kasdan berada di kemuncak prestasi sejak meraih pingat emas Sukan Komanwel Birmingham tahun lalu disusuli pingat gangsa clean & jerk kategori 61 kilogram di Kejohanan Angkat Berat Dunia Riyadh baru-baru ini menyaksikan dia tersenarai sebagai pendatang baru Road to Gold.
Aniq turut cemerlang memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 291 kg selepas mengangkat bebanan 125 kg acara snatch dan memenangi pingat kejohanan dunia buat kali kedua.
Pencapaian luar biasa Aniq yang kini menghuni ranking ke-10 kelayakan Sukan Olimpik Paris meletakkan dirinya berpeluang muncul atlet keempat negara mengesahkan penyertaan ke pentas tertinggi dunia.

"Kedudukan itu melayakkan Aniq berada dalam program kerana ranking 10 terbaik merupakan sebahagian daripada kriteria RTG.
"Dengan sokongan yang betul, Aniq mempunyai potensi besar untuk meningkatkan personal best iaitu 291 kilogram (kg) kurang 3kg dengan pencapaian pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 iaitu 294 kg," kata Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam.
"Selepas mendapatkan perkhabaran tersenarai dalam Program RTG, saya sangat gembira dan teruja. Dengan kejohanan yang bakal disertai di Qatar, ia akan terus membakar semangat saya bagi mendapatkan angkatan yang lebih baik untuk layak ke pentas Sukan Olimpik Paris," kata Aniq.