Malaysia terus mengukir nama di persada antarabangsa apabila Datuk Amarjit Singh Gill terpilih sebagai Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).
Amarjit menang dalam pemilihan yang berlangsung di Dubai itu, sekali gus mengikut jejak bapanya, Tan Sri Darshan Singh, untuk menduduki jawatan tertinggi dalam badan berbasikal Asia itu.
"Ini membuktikan kebolehan kepimpinan sukan Malaysia untuk membawa sukan berbasikal Asia ke pentas dunia.
"Ini membuktikan Visi 1 Asia (yang saya perkenalkan) telah diterima dengan cukup baik," katanya di Nadi Arena.
Dengan pelantikan ini, Amarjit bertekad memperkasakan sukan berbasikal di benua ini selain membawa perubahan positif kepada pembangunan sukan ini.
"Ketika Tan Sri Darshan sebagai presiden pada 1996, ibu pejabat ACC sukan berbasikal bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia dan dunia.
"Dengan itu kita akan mempunyai lebih banyak maklumat dan sistem sokongan.
"Saya harap Kerajaan (Malaysia) dapat memberi sokongan kepada penubuhan ibu pejabat ACC di Malaysia.
"(Ibu pejabat ACC di) Melaka dalam pertimbangan dan keputusan akan dibuat kelak," katanya.